BUTIRAN PERTANDINGAN

+ APAKAH FROGPLAY CHAMPIONSHIP?

Kami ingin menggalakkan pembelajaran kendiri melalui penggunaan FrogPlay di kalangan sekolah yang mempunyai akses kepada aplikasi ulangkaji ini. Sebagai permulaan kepada pengalaman FrogPlay yang menarik dan penuh makna, kami mengadakan sebuah pertandingan peringkat kebangsaan dari 11hb Jun-11hb Ogos.

+ APAKAH YANG PERLU SEKOLAH SAYA LAKUKAN UNTUK BERTANDING?

Mudah sahaja, main dan menang!

Langkah 1: Guru-guru perlu melengkapkan Borang Pendaftaran bagi pihak sekolah masing-masing

Langkah 2: Galakkan pelajar anda menggunakan FrogPlay sebanyak yang mungkin

Langkah 3: Tingkatkan keterujaan seluruh warga sekolah (guru dan pelajar)

Ingat, bekerjasama merupakan teras kepada kejayaan.

+ BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMENANGI FROGPLAY CHAMPIONSHIP?

Terdapat 2 kriteria pemilihan.

Pertama, 20 sekolah terbaik dengan jumlah masa penggunaan FrogPlay tertinggi sepanjang 11 Jun - 11 Ogos 2017, akan disenarai pendek.

Pada 25 Ogos 25 2017, sekolah yang bertanding perlu menyerahkan kembali borang kepada wakil FrogAsia. Borang tersebut akan digunakan semasa proses penjurian bagi kriteria pemilihan yang kedua. Sekolah-sekolah perlu menghuraikan usaha-usaha mereka dan impak FrogPlay terhadap sekolah dari 11 Jun- 11 Ogos 2017. Panel juri FrogAsia akan menyenarai pendek 10 sekolah terbaik.

Apakah proses seterusnya?

Kami akan menghantar jemputan kepada sekolah terbaik untuk melakukan pembentangan mengenai usaha dan impak yang melibatkan FrogPlay. Jadual pembentangan diberikan kepada sekolah yang terlibat.

3 sekolah terbaik akan diumumkan pada 29 September 2017.

Tunggu apa lagi? Mula bermain dan galakkan pelajar anda menggunakan FrogPlay sebanyak mungkin!

+ APAKAH HADIAH YANG BOLEH DIMENANGI DARIPADA PERTANDINGAN INI?

3 sekolah terbaik dalam pertandingan ini akan memenangi 3 hadiah Misteri. Hadiah tersebut akan didedahkan di laman Facebook FrogAsia selepas pertandingan ini dilancarkan.

Tahniah sekiranya sekolah anda diumumkan sebagai pemenang. Sila berikan maklum balas dalam masa 7 hari atau hadiah tersebut mungkin akan diserahkan kepada pemenang yang seterusnya.

+ PERLUKAH SAYA MENYEDIAKAN SEBARANG LAPORAN ATAU TANGKAPAN SKRIN UNTUK MEMBUKTIKAN PENGGUNAAN FROGPLAY?

Tidak. Kami akan lakukannya untuk anda!

 

PROSES PENDAFTARAN

+ HEBAT! BAGAIMANA CARA UNTUK MENDAFTARKAN SEKOLAH SAYA??

Mana-mana guru boleh menjadi wakil untuk mendaftar sekolah masing-masing. Anda hanya perlu melengkapkan borang pendaftaran atas talian. Klik sini untuk mendaftar.

+ ADAKAH SEKOLAH SAYA PERLU MENDAFTAR SEBELUM MENGGUNAKAN FROGPLAY?

Anda tidak perlu tunggu sehingga pendaftaran selesai untuk mula menggunakan FrogPlay. Kami menggalakkan sekolah untuk membuat perancangan awal dan mendaftar antara 11 Jun - 11 Ogos 2017 agar guru-guru atau pelajar dapat menyertai pertandingan ini selama mungkin!

 

PERANAN GURU & TIP PERTANDINGAN

+ SEBAGAI SEORANG GURU APAKAH PERANAN SAYA DALAM PERTANDINGAN INI?

Bermula dengan mendapatkan penyertaaan sekolah hinggalah memudahcara keterujaan pelajar, andalah peneraju transformasi pendidikan di Malaysia.

Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

+ SEBAGAI SEORANG GURU, APAKAH CARA TERBAIK UNTUK MENGGALAKKAN PELAJAR MENGGUNAKAN FROGPLAY SEKERAP MUNGKIN??

Terdapat pelbagai kemungkinan yang tiada penghujungnya! Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh digunapakai:

  1. Menggunakan kuiz untuk ulangkaji peperiksaan
  2. Menugaskan kuiz sebagai kerja rumah kepada pelajar
  3. Menggunakan kuiz (semasa sesi pengajaran) yang interaktif
  4. Menggunakan FrogPlay semasa kelas ganti
 

MAKLUMAT TAMBAHAN

+ APAKAH FROGPLAY?

FrogPlay ialah aplikasi ulangkaji dalam Frog VLE yang dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar menerusi konsep pembelajaran gamifikasi.

Melalui FrogPlay guru-guru dapat meningkatkan penglibatan pelajar menerusi kuiz yang interakif dan memantau prestasi pelajar dengan serta merta. Pelajar juga dapat melakukan pembelajaran kendiri dengan kuiz-kuiz dan permainan yang terdapat dalam FrogPlay. Kini, pelajar boleh belajar dan bermain pada masa yang sama.

+ BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI FROGPLAY?

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FrogPlay, peserta disarankan untuk melayari laman ini atau Learn Centre. Untuk maklumat dan bantuan lanjut, sila hubungi meja urus setia kami di talian 018 799 8787 atau emel moesupport@ytl.com.my.

+ SIAPAKAH YANG BOLEH SAYA HUBUNGI SEKIRANYA SAYA INGIN BERTANYA SOALAN MENGENAI PERTANDINGAN INI?

Sekiranya anda ada tidak pasti mengenai sebarang undang-undang dan peraturan FrogPlay Championship anda boleh menghubungi meja urusetia di: frogplaychampion@frogasia.com.

+ MENGAPA SAYA PERLU MEMBERI ID YES 1BESTARINET DAN NOMBOR TELEFON SAYA?

Sekiranya terdapat sebarang pengumuman, kami akan terus menghubungi sekolah / guru. Kami menghormati privasi setiap peserta kami dan semua maklumat tidak akan digunapakai / disimpan tanpa kebenaran.